SELAMAT DATANG KE LAMAN KAMI

Kelas Forex anjuran pihak kami dikendalikan oleh tenaga pakar Forex yang berpengalaman selama lebih 15 tahun didalam industri ini semasa beliau berada di USA dan UK lagi. Sekiranya anda berminat sila hubungi kami menerusi SMS atau email. Yuran Penyertaan adalah paling minima.



Saturday, April 30, 2011

ANDA PERCAYA

Pak Dogol merupakan watak yang paling hebat dalam wayang kulit dan mempunyai kesaktian yang luar biasa. Patung Pak Dogol diceritakan diperbuat dari belulang kerbau balar(albino) jantan yang mati kena panah petir.

Awal tahun 70an di Kg Alor Pasir ( berdekatan kampung saya )  ada permainan wayang kulit. Satu malam bangsal wayang tersebut terbakar. Patung wayang kulit ikut sama terbakar. Yang pelik patung Pak Dogol ikut sama terbakar dan sempat melarikan diri dengan memanjat pokok kelapa.... hehe pelik2 patung pak dogol pun boleh lari sendiri..... sehingga kehari ini saya tidak mengetahui jawapan nya.



Friday, April 29, 2011

TIPS JUMAAT 29/4 - EUR/USD

EUR akan berada disekitar rate 1.49XX / 1.47XX

semuga anda boleh atur strategi yg menguntungkan

Thursday, April 28, 2011

TIPS - KHAMIS EUR/USD - 28/4

Salam semua.

Kedudukan EUR pada khamis berkisar pada kedudukan 1.49XX / 1.46XX

Semuga kita semua bisa buat keuntungan.

Wednesday, April 27, 2011

KUWONG WAYANG KULIT

Masih aku ingat awal 70an dulu sewaktu aku masih di tingkatan satu. Masa itu kampung aku ada permainan wayang kulit selama seminggu. Boleh dikatakan setiap malam aku tak pernah miss. Bila duit tak ada untuk bayar tikit, maka aku dan rakan-rakan sebaya panjat pokok kelapa untuk melihat wayang kulit ( bangsal wayang kulit berdekatan dgn pokok kelapa).

Balik dari tengok wayang kulit aku demam, makan ubat tak baik-baik. Sebulan lamanya aku demam. Sewaktu demam aku disampuk lalu aku bertindak sebagai tok dalang dan tangan-tangan aku sebagai wayang kulitnya. Ibu ku memanggil Tok Bagih (tok pawang) mengubat sakit ku, buang segala kuwong badi seraka.

Penyakit ku semboh akhirnya. Apakah terkena kuwong wayang kulit Dollah Baju Merah ? Sampai sekarang aku meminati muzik wayang kulit. "Semangat" hidup bila dengar muzik wayang kulit.










TIPS EUR/USD - RABU 27/4

Rabu EUR dijangka akan berada pada paras 1.47xx / 1.45xx.

News dalam forex factory hari ini power juga.

Tuesday, April 26, 2011

BETUL KE WAYANG KULIT BERHANTU

Apa komen anda mengenai tajuk ini. Apa pun tunggu kisah benar-benar yang saya alami dalam posting akan datang.

Tunggu jangan tak tunggu

HUKUM GANDA DUA

Anda tau kalau anda ada RM 100 dan diganda dua, berapa kali mau dapat RM 1 juta.

Jawaban  dibawah ini.
  
14 kali jer.... cuba kira sendiri.


TIPS SELASA EUR/USD - 26/4

Salam.

Selasa EUR dijangka akan bergerak  sekitar  1.46XX / 1.45XX.

Semuga bisa membantu anda semua.

Monday, April 25, 2011

RON95 NAIK

Timb Menteri berkaitan telah beri bayangan RON95 akan naik dengan mengatakan penstrukturan subsidi akan dibuat.Kalau ia betul2 naik maka ramalan minyak naik selepas PRN Sarawak adalah tepat dan sebagai hadiah kepada rakyat kerana mengundi BN. Inilah yang dikatakan tradisi rakyat diutamakan.



Saturday, April 23, 2011

MEDAN SIM SIM





Kalau anda ke Sandakan, Sabah -  jangan lupa singgah makan ikan bakar di Medan Ikan bakar Pasar Sim Sim. Ikan bakar semuanya Fresh dan  jenis baik punya seperti siakap, kerapu, jenahak dan lain-lain. Kembung dan Jaket  tak ada usah order kat situ, orang Sandakan tak pandang

Anda tau berapa harganya ikan bakar kat situ ? seekor kerapu, seekor jenahak, seekor entah apa nama ikan besar punya. 4 ekor semuanya. Nasi dan sayur tidak dikira.  Semuanya baru RM32.00 Terkejut beruk den. Kalau di KL  sudah RM30-40 seekor ba.

CARA MAKAN TELUR PENYU

Telur penyu kalau dimasak begitu sahaja pasti rasanya tidak sedap kerana rasanya tawar. Jadi telur itu dimasukkan kedalam botol dicampur air dan garam, biarkan 2 hari kemudian telur itu direbus baru terasa enak. Selamat mencuba. Sekira rasanya terlampau masin buang air tadi dan masukkan air yang baru , biarkan sehari. Rasa masin akan berkurang.

Jangan makan banyak kerana kandungan kolestrol nya tinggi.




TERINGAT PULA

Teringat Sandakan. Disana memang banyak sekali orang menjual telur penyu. Hanya dengan isyarat tangan" buat bulat"  penjual telur penyu dikaki lima menyapa anda. Harga nya murah sekali RM1.50 sebiji.


Bukan telur penyu sahaja  tapi rokok seludup pun banyak  Malboro baru RM 3.50 sekotak.

Friday, April 22, 2011

TIPS EUR/USD - JUMAAT 22/4

Salam Semua.

Dijangkakan EUR berada pada kedudukan sideway  dalam range sekitar 1.46XX / 1.45XX.


Apapun diharap anda bisa membuat keuntungan semasa memasuki pasaran hari Jumaat.

Thursday, April 21, 2011

PERLUKAH EMAIL 1 MALAYSIA

Sudah beberapa hari heboh diperkatakan dalam internet pasal email 1 malaysia. 

Apakah perlu kerajaan membelanja wang sebanyak RM 50 juta kerana mahu menyediakan kemudahan email percuma kepada rakyat Malaysia, sedangkan dalam masa yang disana terdapat email percuma samada di yahoo, hotmail  serta google.

Diberitakan syarikat pengendali tersebut adalah kepunyaan adik PM sendiri. Pada saya rakyat tidak mahu email percuma 1 malaysia akan tetapi rakyat mahu wifi percuma.

Fikir-fikirkan apakah ini dikatakan rakyat diutamakan

TIPS - KHAMIS EUR/USD - 21/4

Salam.

 Khamis EUR dijangka berada pada kedudukan  1.46XX / 1.44XX

Tuesday, April 19, 2011

SUASANA PAGI SANDAKAN, SABAH.





TIPS SELASA EUR/USD - 19/4

Selasa dijangkakan kedudukan EUR pada  atau sekitar 1.43XX / 1.41XX . Semuga ianya sedikit sebanyak
membantu anda membuat perancangan memasuki pasaran.

Monday, April 18, 2011

IDIOT TRADING ISNIN

Salam

Hari ni nampak gaya Idiot trading memang menjadi. Tahniah kepada yang berjaya dalam trading hari ni.

TIPS ISNIN EUR - 18/4

Salam semua.

 Hari isnin semuga idiot trading menjadi kenyataan.

Eur dijangka akan berada pada kedudukan 1.45xx /  1.43xx . Semuga dapat membantu anda merancang
memasuki pasaran hari isnin. Strategi betul pasti membantu ada membuat profit.

HARBOUR SQUARE SANDAKAN





Suasana pagi hari diperkarangan Swiss in Sandakan.

Sunday, April 17, 2011

Saturday, April 16, 2011

RENUNGAN PERJUANGAN


"Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan menegak dan mempertahankan Agama Allah) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu) Padahal kamu adalah orang yang tertinggi (Mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) Jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Ali-Imran :139 

SEDIH BEDOAH

Keputusan PRN Sarawak telah di Umumkan. Nampak gaya PR mahu menawan Bumi Kenyalang belum menjadi kenyataan lagi. Usah bersedih. Ada hikmah kenapa belum berjaya lagi. Sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah.  Teruskan usaha.








RENUNGAN PERJUANGAN

"Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan menegak dan mempertahankan Agama Allah) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu) Padahal kamu adalah orang yang tertinggi (Mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) Jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Ali-Imran :139

Friday, April 15, 2011

SABTU MENENTUKAN SEGALA-GALANYA

Esok Sabtu akan menentukan segala-galanya samada BN mampu mengekalkan kuasanya dibumi Sarawak atau sebaliknya BN ditimpa badai  tsunami politik yang teruk dalam PRN kali ini.

Apa pun rakyat Sarawak yang akan menentukan  pilihan terbaik mereka.

Selamat Mengundi rakyat Sarawak. Kuasa ditangan anda.

TIPS JUMAAT 15/4 - EUR/USD

Dijangkakan hari  jumaat pergerakkan Eur pada range @ lebih 1.4550 / 1.44xx.
Semuga posisi ini boleh membantu anda merangka strategi yang betul semasa memasuki
pasaran jumaat.

Thursday, April 14, 2011

TIPS - KHAMIS EUR/USD - 14/4

Khamis dijangkakan EUR akan bergerak sekitar 1.45xx / 1.43xx .

Semuga anda bisa merancang strategi yang betul semasa memasuki pasaran khamis.

Wednesday, April 13, 2011

TIPS RABU 13/4 - EUR/USD

Salam hari Rabu.

Kami menganggarkan bahawa EUR akan berada melebihi 1.4540 / 1.4400

Semuga ianya boleh membantu anda memasuki pasaran forex rabu.

Tuesday, April 12, 2011

TIPS EUR/USD - SELASA 12/4

Salam

EUR/USD dijangka akan berada pada kedudukan sekitar 1.45xx /  1.43xx

Semuga boleh membantu anda memasuki pasaran.

Monday, April 11, 2011

TIPS ISNIN 11/4

Salam semua.

Hari isnin jangan lupa Idiot Trading.

Eur dijangka akan mencecah melebihi 1.45xx hari ini. Bila EUR pada rate  1.4410  sebaik-baik anda
masuki BUY. Semuga info ini bermakna buat anda.

Saturday, April 9, 2011

RON95 NAIK LAGI

Dalam kesibukan PRN SARAWAK  pada 16hb. April  kita hampir terlupa dengan Petrol RON 95.
Hehe... RON 95 dijangka akan dinaikkan lagi selepas PRN Sarawak nanti. Ini tradisi Rakyat di dahulukan.

PELABUR YANG BIJAKSANA

Teringat saya semasa tahun awal 80an dulu harga emas ketika itu baru RM38.00 segram. kini harga emas telah meningkat kepada RM 157.00 segram. bayangkan kalau anda membeli emas 100 gram ketika itu harganya cuma RM3,800.00 dan dijual sekarang pada harga RM15,700 kenaikkan sebanyak 413 %.




Friday, April 8, 2011

TIPS EUR/USD - JUMAAT 8/9

Salam.

EUR dijangka akan berada diatas paras 1.4400  dan dijangka turun pada range 1.4300 atau sekitarnya.

Semuga boleh membantu anda memasuki pasaran hari jumaat.

Thursday, April 7, 2011

TIPS EUR/USD - KHAMIS 7/4

salam semua.

Agak banyak hari saya tak update blog ni kerana sibuk dengan program di Suria Cherating Beach Resort.

Kami menjangkakan bahawa EUR akan mencecah paras 1.44xx hari ini.

Sehubungan dengan itu semuga jangkaan ini dapat membantu anda memasuki pasaran Khamis 7/4

Wednesday, April 6, 2011