SELAMAT DATANG KE LAMAN KAMI

Kelas Forex anjuran pihak kami dikendalikan oleh tenaga pakar Forex yang berpengalaman selama lebih 15 tahun didalam industri ini semasa beliau berada di USA dan UK lagi. Sekiranya anda berminat sila hubungi kami menerusi SMS atau email. Yuran Penyertaan adalah paling minima.



Monday, February 28, 2011

KELAS FOREX DI IPOH





Hari ini kami mengadakan kelas forex kat Ipoh untuk kumpulan yang kecil.

TIPS EUR ISNIN 28/2

Salam semua.


Kami menjangkakan bahawa EUR akan mencecah paras 1.3720 pagi isnin sebelum dia naik kepada
1.3800 atau lebih tinggi sebelum dia kembali kepada paras 1.37xx.

Sekian. Terima kasih

Sunday, February 27, 2011

GAMBAR SICOMEL YANG CANTIK

CANTIKNYA SICOMEL INI.

SEKSA SAAT KEMATIAN

Dosa-dosa Mustafa Kamal Ataturk

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.


2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
 13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
 14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Allah menyeksa beliau disaat kematiaannya

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah: 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliaupengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulamaTurkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).





Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

NENEK YANG POWER

Walaupun sudah tua tetapi masih power.

SIAPA KATA MEROKOK BOLEH CEPAT MATI ?




Apa pun nenek indon juga yang hebat.


RUGIKAH KITA

Rugi kah kita belajar Forex kalau kita tahu yang forex mampu menjana pendapatan kita.






Thursday, February 24, 2011

ORANG BODOH & ORANG PINTAR

Orang bodoh sukar mendapat pekerjaan, akhirnya berniaga…
Bermula dari bawah,modal kecil akhirnya perniagaannya berjaya
Agar perniagaannya terus maju, dia mengambil pekerja yang terutamanya orang yang pintar dan mempunyai kelulusan.
Akhirnya boss orang pintar adalah orang bodoh.
Orang bodoh sering melakukan kesalahan,
maka dia mengupah orang pintar yang tidak pernah salah untuk memperbaiki yang salah.
Akhirnya orang bodoh memerintahkan orang pintar untuk keperluan orang bodoh.

Orang pintar belajar untuk mendapatkan ijazah untuk mencari kerja yang lebih baik. Orang bodoh berfikir bagaimana mendapatkan wang untuk membayar proposal yang dimajukan orang pintar.
Orang bodoh tidak pandai membuat teks pidato,
maka dia menyuruh orang pintar untuk membuatnya.
Orang bodoh tidak lulus dengan cemerlang dalam SPM
oleh kerana itu orang bodoh memerintahkan orang pintar
untuk membuat undang-undang orang bodoh.
Orang bodoh biasanya pandai bercakap-cakap kosong, tetapiorang pintar percaya.
Tapi kemudian orang pintar menyesal kerana telah mempercayai orang bodoh.
Tapi pada masa itu orang bodoh sudah ada di atas.
Orang bodoh berfikir pendek untuk memutuskan sesuatu yang difikirkan dengan panjang oleh orang pintar.
Kerana orang orang pintar menjadi stafnya orang bodoh memang sepatutnya dia tolong fikirkan untuk
Semasa perniagaan orang bodoh maju, orang pintar akan menghabiskan waktunya untuk bekerja keras dengan hati senang,
sementara orang bodoh menghabiskan waktu untuk bersenang-lenang dengan keluarganya.
Mata orang bodoh selalu mencari apa yang boleh di jadikan duit.
Mata orang pintar selalu mencari di ruangan kerja kosong.
Posted @ http://www.isuhangat.net/ . Cerita ini hanya suka-suka sahaja hasil pemerhatian rakan sekeliling.

Gua cilok dari isuhangat.

RELAX SEKEJAP

Animasi ni diciluk dari dppwm...... kalu x bergerak klik kat gambarnya.




RENUNGAN DI LIBYA

Assalamualaikum .

Untuk saudara di Libya.



“Katakanlah kamu tidak menunggu kami melainkan (kami mendapat) salah satu dari dua kebaikan (Menang atau Syahid). Dan kami pula menunggu pada kamu, kamu akan dikenakan Allah dengan azab disisiNya, atau (azab) dari kami. Maka kamu tunggulah. Sesungguhnya kami (juga) menunggu bersama-sama kamu” (Surah At-Taubah ; 52).

YANG INI SUDAH,YANG INI BELUM

Hukuman keatas pemimpin yang membunuh rakyatnya. Yang ini sudah digantung sampai mati
cuma yang ini seekor belum lagi. InsyaAllah masanya akan tiba tak lama lagi.







KUASA TAK KEKAL, SEMENTARA JER.






Ingatlah bahawa kuasa yang ada pada kita hanyalah sementara je bukan nya bersifat kekal. Maka jangan sekali-kali mengkhianat amanah kuasa yang diberikan kepada kita.

DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI KERANA MEMBAKAR



Hanya tunggu masa ketentuan Allah akan menghukum Gaddafi kerana sanggup membunuh rakyatnya
serta membakar tentera yang ingkar arahannya. Hukuman Allah pasti berlaku, sama-samalah kita
tunggu saatnya. Gaddafi memang yahudi laknatullah.

Wednesday, February 23, 2011

KELAS FOREX RABU 2 MARCH

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas forex boleh lah hubungi kami .

TQ

Tuesday, February 22, 2011

WAJAH PEMBUNUH KEJAM

Kerana sayangkan kuasa dia sanggup membunuh rakyatnya sendiri...........






PETROL RON 95 NAIK

Apakah petrol RON 95 akan naik selepas PRK Merlimau dan Kerdau.... Sama2 kita lihat nanti.

Monday, February 21, 2011

IDIOT TRADING ISNIN

Salam Semua..........

nampaknya idiot trading hari isnin ni menjadi sebagaimana dijangkakan.
Selamat maju jaya sebagai forex trader.

HEBOH KHASIAT BUDU DITEMUI

Sumber dari: Wikipedia
Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Hidangan budu bersama nasi kerabu
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.


CILOK DARI MUSLEMEN UNITED